Simply Sinful Cheesecake
Bahan untuk base
200 gram biskut digestive, dihancurkan
3 sudu besar mentega
2 sudu besar madu
Bahan untuk Cheesecake
500 gram krim keju (philadelphia), dilembutkan
1 tin kecil (390 gram) susu pekat
3 biji telur
150 gram coklat masakan, cairkan cara double boil
1 sudu teh esen vanilla
Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 150’C. Campurkan kesemua bahan untuk base dan tekan pada dasar loyang springform berukuran 9 inch. Bakar selama 10 minit dan ketepikan.
2. Menggunakan mixer, pukul cream cheese sehingga kembang. Kemudian masukan susu pekat sambil dipukul sehingga ia sebati.
3. Masukkan telur satu dan esen vanilla. Pukul sebati. Bahagikan adunan cheesecake kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan coklat masakan yang telah di double boil tadi dan gaul rata.
4. Tuangkan adunan cheesecake coklat kedalam loyang diikuti dengan adunan cheesecake plain. Bakar selama 50 – 55 minit sehingga pertengahan cheesecake bergoyang-goyang tetapi tepi adunan telah set. Sejukkan selama 1 jam dan kemudian boleh disejukkan dalam peti sejuk selama 4 jam sebelum dihidangkan.
No comments:
Post a Comment