Sunday, February 21, 2010

Roasted Chicky Merio & Laksam

Sorry.Lama sgt x update blog.recipe roasted chicky merio ni i coba last month..cuma lmbt nak share..mmg superb..bahan2 nya simple dimple jer..recipe d beri nama seumpama nya oleh saya sendiri sempena nama tuan punya recipe iaitu inchik merio..aka chef merio..trima kasey ye inchik merio...heheh. As for recipe laksam tuh baru jer saya coba ahad smlm buat hidangan tghari.tak ingt mana aku kidnap recipe tuh..tapi for sure dari internet la..tgk recipenya mcm senangla..skali dah buat mee nya aduhai..baru kau tahu senang cuma di atas kertas...mmg menuntut kesabaran jitu yg amat...for 1st attempt nie kuah turned out to be a bit pekat...n part nk kukus mee tu ler kena jaga betol2..n adunan pn kena pandai adjust ..kesian cik abe n puteri2 ku rebah bangun..duduk berdiri menunggu mee ku siap..hehehe akhirnya tepat pkl 1.30pm misi tercapai jua..bak kata org tak coba manakan tahu..tapi tgk cik abe mkn bertambah2..ermm ker sbb die dah kebuluq..tpi rase2 sodap la tu..(naik lif tekan sendiri ni) heheh..apa2pon..lepas aku makan..ermm mengantok gila..yerla..pagi dok pulun nasik lomak..lunch plak mee laksam nie.alahai naik lagila kolestrol aku nampaknya..So anda d luar sana.kalu berminat..sila la mencoba recipe yg d kongsikan nie..selamat :)

Roasted Chicky Merio (homemade version)
A. For Marinate:

1. Butter [salted]
2. Rosmary OR Maggie black pepper [1 packet per 1 chicken]
3. Maggi secukup rasa

B. For stuffing:
1. carrot [sliced]
2. celery [sliced]
3. potato [medium cube]
4. mushroom (cut half)
5. Bawang merah & putih – sliced and fried
6. Lemongrass & ginger – sliced and fried

C. Sauce for stuffing:
1. Sos Tiram
2. Rosmary or black pepper

METHOD:
1. Marinate with A ingredients all over the chicken body and underneath skin.
2. Mixed sauce with the stuffing ingredients [B], masuk dalam perut ayam, cover with foil and freeze overnight.
3. Grill in oven for 1.5 hrs at 160 to 200 C, for 1 hr grill chicken wrapped in foil. Before almost cook, take out the chicken from foil and the stuffs from chicken, let them on the foil together with chicken and grill till cook.



Laksam (homemade version)


Bahan Membuat Laksam

250 gm tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
400ml air
Sedikit garam
Bahan Cili
6 Tangkai cili Merah
1 kotak belacan kecil
1 biji limau nipis
Sedikit garam

Bahan Kuah
10 ekor ikan sardine atau kembung
10 ulas bwng merah
5 ulas bwng putih
10 biji lada hitam
2 cm halia
600 ml santan
1 liter air
2 keping asam gelugur
50gm lada hitam

Bahan2 hiris halus

1 batang timun
8 tangkai daun kesum
2 tangkai bunga kantan
9 tangkai kacang panjang
100 gm tauger

Cara membuat mee laksa
1/ satukan kesemua bahan membuat laksam
2/ ambil tutup periuk. Sapukan sedikit minyak. Lengserkan bancuhan tepung di atas penutup periuk dan kukus sehingga masak
3/ Pastikan tiada titisan air di atas tutup periuk. Setelah agak keras, terus gulungkan. Angkat dan ketepikan. Setelah sejuk, bolehla di potong.
4/ Untuk cilinya, tumbuk cili bersama belacan serta garam
Gaulkan sebati dan perahkan limau

Cara membuat kuah
Ikan perlu di rebus kemudian asingkan tulang nya
Kisar isi dan tulang secara berasingan. Untuk tulang, tapiskan dan ambil airnya sahaja
Kemudian kisar bwng putih, bwng merah dan halia. Satukan bh2 d kisar ke dalam periuk.
Tuangkan santan dan air. Kacau perlahan2 di atas api sederhana besar.
Tambahkan gara,, asam gelugor dan lada hitam yg di tumbuk lumat. Setelah kuah mendidih, bolehla tutup apinya
Hidangkan bersama laksa dan hirisan ulam-ulaman yang di hiris halus.
/* Variable definitions for tynt insight -copyrights